31 Mei 2007

Penyelarasan Aktiviti Pusat Akses Sekolah

Aktiviti ini dijalankan pada hari Khamis, 24 Mei 2007. Seramai 10 orang Guru Penyelaras Pusat Akses telah mengikuti latihan ini.
Aktiviti latihan ialah Menyelaraskan aktiviti PAS, Tatacara Konfigurasi Rangkaian PAS, Tatacara Penyenggaraan Perkakasan Peralatan ICT, Tatacara Aduan Talian SchoolNet, Tatacara Konfigurasi Rangkaian Tanpa Wayar, Teknik Mengesan Rangkaian Tanpa Wayar, Senggaraan Asas Sistem Komputer dan Penyediaan Mel Elektronik bagi guru dan murid. Disamping itu, PAS perlu menyediakan Jawatankuasa PAS, Senarai Tugas Pembantu PAS, Peraturan PAS dan Senarai e-Mail guru dan murid.

Latihan Asas Senggara OS dan Mel Elektronik

Latihan ini diadakan pada Rabu, 30 Mei 2007. Semua Pembantu Tadbir sekolah ahli telah hadir. Isikandungan kursus ialah Manage (membuang Sistem Error dan Aplikasi Error), membuang file dalam Internet Explorer, Disk Cleanup, Defrag Harddisk, membina folder, teknik mengesan rangkaian tanpa wayar, mendapatkan email percuma, teknik menghantar dan menerima email. Seramai 13 orang peserta perempuan dan 2 peserta lelaki mengikuti latihan ini. Fasilitator ialah Tuan Haji Sha'piee bin Haji Ali, Puan Norazilawati binti Husin dan Puan Nor Azizah binti Haji Saim. Latihan berlangsung dalam suasana yang ceria kerana semua peserta pertama kali mengikuti latihan seumpama ini yang dianjurkan bersama PKG Sungai Balang, Muar dan Pejabat Pelajaran Daerah Muar.
Permintaan peserta supaya diadakan latihan aplikasi MS Excel, MS Powerpoint dan Lawatan Sambil Belajar ke PSPN Terengganu Darul-Iman dan Kelantan Darul-Naim.

29 Mei 2007

Karnival PSS 2007

Telah diadakan pada 12 Mei 2007 di SK Parit Bulat, Muar. PKG Sungai Balang telah menyediakan rangkaian tanpa wayar bagi memberi pendedahan dan peluang kepada pengunjung melayari internet.

Guru Inovatif 2007

Majlis Perayaan Hari Guru 2007 Peringkat Daerah Muar telah menganugerakan Guru Inovatif kepada Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Sungai Balang, Muar bagi kategori kumpulan sekolah rendah dalam pembangunan perisian kursus interaktif pelbagai media. Majlis telah diadakan di Dewan Mentulang, SMK Sultan Alaudin Riayat Shah 1, Pagoh, Muar, pada hari Sabtu, 26 Mei 2007. Majlis juga telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Samat bin Aripin, ADUN Jorak (sekarang Dato').