30 September 2007

Khidmat Bantu Menjelang Lailatul Qadar Bagi Diri dan Sahabat

Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. (Selawat Dan Salam Keatas Baginda) adalah Malam Qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (Hari Ganjil) bulan Ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan ulama-ulama lain, untuk mencari malam Lailatul Qadar, jika awal Ramadhan jatuh pada hari:
> Ahad atau Rabu - malam Qadar dijangka pada malam 29 Ramadhan.
> Isnin - malam Qadar dijangka pada malam 21 Ramadhan.

> Selasa atau Jumaat - malam Qadar dijangka pada malam 27 Ramadhan.

> Khamis - malam Qadar dijangka pada malam 25 Ramadhan.

> Sabtu - malam Qadar dijangka pada malam 23 Ramadhan.

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda malam Qadar ialah :
1. malam itu tenang (tidak dingin dan tidak panas).
2. siangnya cahaya matahari warnanya pucat.
3. pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Moga Allah pertemukan kita diramdhan akan datang, jangan kita ulangi kesilapan yang sama dan mudahan kita lebih berhati-hati dengan nafsu dan godaan syaitan. Berdoalah kepada Allah Ta'ala nescaya akan Allah kabulkan. Insya-Allah.

11 September 2007

Mesyuarat Penyelarasan Penyediaan Bahan Direktori Pusat Akses Sekolah serta BTPN, PTPB dan PKG 3/2007

Mesyuarat di atas telah diadakan di Hotel Selesa, Johor Bahru, mulai 09 hingga 12 September 2007. Mesyuarat ini telah diadakan bagi memastikan beberapa sistem yang telah diperkenalkan oleh Sektor PER di BTP dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Sistem ini ialah Direktori Profil Pusat Akses Sekolah, Direktori Profil BTPN, PTPN dan PKG, Sistem Perjawatan Secara "Online", Sistem Pemantauan Pusat Akses Sekolah Secara "Online", dan Dokumentasi Pemantauan Sekolah oleh PKG. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG dari beberapa negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Trengganu.

01 September 2007

Latihan/Khidmat Bantu Menjelang Ramadhan Bagi Diri dan Sahabat

Antara persiapan yang perlu dilakukan menjelang Ramadan ialah:
1. Persediaan diri untuk berpuasa. Seminggu sebelum berpuasa kita dikehendaki mengurangkan kadar makanan kita dan lebihkan makan buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan pembuangan air besar lawas.
2. Memahirkan diri dengan segala rukun, sunat, harus, makruh yang berkaitan dengan puasa pada Ramadan, sunat tarawih dan lain-lain lagi.
3. Membiasakan diri bangun pada sepertiga malam untuk bertahajud, mendekatkan diri pada Allah. Sebagai persediaan membiasakan tarawih dan tahajud pada Ramadan. Ramadan adalah bulan rukuk dan sujud.
4. Memperuntukkan beberapa jumlah wang untuk dijadikan sedekah jariah dan zakat fitrah. Bagi mereka yang sudah akil baligh, maka belajarlah membayar zakat fitrah sendiri.
5. Rancang strategi tersusun untuk memperbanyakkan hafalan, bacaan, tadabbur, tadarrus al-Quran.
6. Melatih dan membentuk diri bersifat mahmudah, sifat terpuji seperti sabar, membanyakkan senyuman kepada sahabat dan kerabat. Merendam sifat mazmumah, sifat keji seperti memfitnah, mengumpat dan mengata orang. Kurang bercakap lagha (merapu), tidak berbahasa lucah, kotor dan keji.

Oleh itu, dengan persediaan ini kita sematkan azam masing-masing untuk mencantikkan dan sempurnakan amalan fardu yang wajib dan membanyakkan amalan sunat pada Ramadan.