31 Januari 2008

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG 1/2008

Mesyuarat ini telah diadakan pada hari Khamis, 31 Januari 2008, di Bilik Mesyuarat SK Parit Nawi, Muar, mulai jam 02.00 petang. Agenda yang difokuskan dalam mesyuarat ini ialah Program Membaca (NILAM), Inisiatif ICT, Pusat Sumber Sekolah, Calon Anugerah ICT, Bahan Bacaan Tambahan 2007, Talian "SchoolNet", dan Aplikasi Rekod Penggunaan Pusat Akses "On-Line". Perancangan Tahun 2008 berfokuskan kepada tiga sasaran iaitu Guru Perpustakaan dan Media, Guru Penyelaras Bestari dan Juruteknik Komputer FT17 serta pelaksanaan aktiviti berpusatkan guru dan murid di sekolah ahli. Tahniah dan terima kasih atas kerjasama pentadbir sekolah ahli untuk tahun 2007.

28 Januari 2008

Pemantauan dan Khidmat Bantu SK Parit Bulat dan SK Parit Nawi

Pemantauan dan khidmat bantu ini telah dijalankan di SK Parit Bulat, Muar dan SK Parit Nawi, pada hari Isnin, 28 Januari 2008. Pemantauan dijalankan berdasarkan instrument pemantauan PKG kepada sekolah Versi 1.0 terbitan Sektor PER, BTP. Pemantauan difokuskan kepada ICT dan Aplikasi, Program Membaca (NILAM) dan Ujian Kelajuan Capaian Talian SchoolNet. "Speed Line for SchoolNet" telah diberikan kepada anggota sekolah supaya dilaksanakan dalam tempoh satu bulan bagi mendapatkan data untuk dimajukan kepada GITN mengenai tahap kelajuan talian yang disediakan. Khidmat bantu bagi penambaikan pengurusan dan penggunaan PSS, Inisiatif ICT dan Program Membaca (NILAM) telah dicadangkan untuk mencapai status yang lebih baik.

26 Januari 2008

Majlis Penyerahan Bantuan Kementerian Pelajaran Malaysia

Majlis telah diadakan di Dewan Informasi, SMK Pekan Baru, Muar, pada hari Sabtu, 26 Januari 2008, mulai jam 09.15 pagi hingga 12.15 tengahari. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Saudara Razali bin Ibrahim, Ahli Parlimen Muar. Sebanyak 51 buah sekolah rendah dan menengah di dalam kawasan parlimen Muar telah menghadiri majlis ini. Turut hadir Encik Shahrom (Wakil Pengarah JPNJ) dan Encik Mahmud bin Sarlan (Wakil PPD Muar). Turut hadir Penghulu, Ketua-ketua Kampung di sekitar Sungai Balang, ibu bapa murid terlibat, Pengetua, Guru Besar dan murid yang menerima bantuan.

22 Januari 2008

Mesyuarat Pengurusan BTPN-PKG Johor Kali 1/2008

BTPN Johor, Skudai, Johor Bahru - 21 dan 22 Januari 2008. Beberapa aktiviti telah dilaksanakan, iaitu Perhimpunan Bulanan, Mesyuarat Pengurusan BTPN dan PKG Johor Kali Pertama Tahun 2008, Verifikasi Pusat Akses Sekolah (PuAS) Fasa 1, 2 dan 3, Agihan Tapak Portal dan Agihan Bahan daripada PSP (Banner dan Senarai Bahan Buku), Media (CDRI Prasekolah dan Sekolah Menengah) dan Bekalan Pejabat yang telah dipohon oleh PKG.

17 Januari 2008

Mesyuarat Pengurusan PKG Kali Ke 3/2008

Mesyuarat ini diadakan pada hari Khamis, 17 Januari 2008, mulai jam 08.30 pagi. Agenda mensyuarat berfokus kepada dapatan Mesyuarat Penyelarasan Latihan BTPN-PKG 2008 di PKG Ayer Hitam, Batu Pahat, pada 16 Januari 2008. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.25 pagi.

16 Januari 2008

Mesyuarat Penyelarasan Latihan BTPN-PKG Johor Kali 1/2008

Mesyuarat ini diadakan pada 16 Januari 2008, di PKG Ayer Hitam, Batu Pahat. Semua Penghulu PKG Daerah diminta melaporkan aktiviti yang telah dijalankan di daerah masing-masing, sementara semua PKG Johor diminta menyediakan Cadangan Bengkel di PKG Tahun 2008. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Yusma @ Abdul Mubin bin Yusof, PP Unit Pengurusan Sumber Manusia. Antara lain agenda mesyuarat ialah Laporan Unit PSM (Pengerusi), Laporan Unit PKG (Encik Azizan bin A Razak), Laporan PKG Daerah, Prosedur Kerja Pelaksanaan Bengkel di PKG (Puan Helen Song Yok Chin) dan Takwin dan Perancangan Tahun 2008 BTPN Johor (Pengerusi).

15 Januari 2008

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Aktiviti PKG Daerah Muar 1/2008

Mesyuarat ini diadakan pada 15 Januari 2008 di PKG Parit Bunga, Muar, mulai jam 08.30 pagi. Semua PTP PKG daerah Muar dikehendaki hadir. Antara lain agenda mesyuarat adalah Laporan Aktiviti Anjuran Bersama PKG Dengan PPD, Laporan Aktiviti Setiap PKG, Penyelarasan Aktiviti PKG Daerah, Program Khidmat Bantu PSS Cemerlang Daerah dan Penyelarasan Bidang Tugas Jawatankuasa Kerja Aktiviti PKG Daerah Muar 2008. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Mohd Arshad bin Haron dan ditangguhkan pada jam 02.00 petang.

14 Januari 2008

Mesyuarat Pengurusan PKG Kali Ke 2/2008

Mesyuarat ini diadakan pada hari Isnin, 14 Januari 2008, mulai jam 09.00 pagi di Bilik Perpustakaan PKG. Antara lain, dua agenda penting mesyuarat adalah membentangkan Prosedur Kerja dan Tugasan Staf Tahun 2008 dan membentangkan Kertas Cadangan Pelaksanaan Bengkel/Latihan PKG Tahun 2008. Hal-hal lain termasuk Pengurusan Kemaskini Sistem Aplikasi yang disediakan oleh BTP (Sistem Pemantauan Perjawatan, Sistem Pemantauan Projek - PAk dan Sistem Pengurusan Latihan - Kompetensi), BTPN Johor (Sistem Maklumat Asas Teknologi Pendidikan - SMATpen) dan PKG Sungai Balang (Sistem Tugasan Harian, Sistem Kehadiran Peserta Bengkel/Latihan, Sistem Pengurusan Aset Kerajaan dan Sistem Maklumat Bahan Buku).

01 Januari 2008

Mesyuarat Pengurusan PKG Kali Ke 1/2008

Sungai Balang, Muar - 01 Januari, mesyuarat di atas telah diadakan pada jam 10.00 pagi di bilik perpustakaan PKG Sungai Balang, Muar. Antara lain agenda mesyuarat adalah seperti berikut, iaitu Pendokumentasian Pelaporan 2007, Perincian Aktiviti Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Tahun 2008, Perancangan Aktiviti 2008 mengikut 4 fungsi SKT PKG. Mesyuarat dijalankan dua fasa iaitu fasa 1 jam 10.00 pagi hingga 11.50 pagi dan fasa 2 jam 03.00 petang hingga 04.30 petang. Perincian aktiviti SKT perlu dibuat bagi membolehkan keterlibatan ketiga-tiga staf PKG dalam melaksanakan setiap aktiviti di PKG.