18 Julai 2009

Latihan Diagnostik Peralatan ICT Sekolah

Latihan ini dijalankan kepada semua sekolah ahli PKG Parit Jawa dan Sungai Balang yang mempunyai Makmal Komputer, Pusat Akses dan Peralatan PPSMI. Semua Juruteknik Komputer Sekolah dan PKG diberi latihan untuk memenuhi sebahagian bidang tugas mereka.

SPPICTS Fasa 2 Tahun 2009

PKG Sungai Balang, Muar bagi pihak BTP, KPM, mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua Guru Besar dan Pengetua Sekolah Ahli kerana telah melaksanakan Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah Fasa 2 bagi tahun 2009.

Latihan Khidmat Bantu Diagnostik Peralatan ICT Sekolah

Latihan ini dijalankan mulai 01 Julai hingga 20 Ogos 2009 di 19 buah sekolah ahli PKG Sungai Balang dan PKG Parit Jawa. Ketua Pasukan Encik Khalid Mohd Salleh dan dibantu oleh Tuan Haji Sha'piee Ali. Semua Juruteknik Komputer PKG dan Sekolah Ahli terlibat dalam latihan ini.