19 Mac 2010

Bengkel Pengurusan Data NILAM (i-NILAM)

Bengkel dijalankan di PKG Bandar Kluang, Johor, pada hari Khamis, 18 MAC 2010, mulai jam 08.30 petang hingga jam 04.45 petang. Puan Helen - pemantauan dan laporan PSS, Encik Othman Awang - Pelaporan iQ-PSS Tahun 2009 dan Encik Mohd Zamri Tumin - Format Borang Pemantauan PSS. Proses Kerja Pengurusan Data NILAM (i-NILAM) oleh Encik Sha'piee Ali, PKG Sungai Balang, Muar.

12 Mac 2010

Khidmat Bantu Pemasangan dan Konfigurasi LAN

Tanjong Selabu, Jorak, Muar, Jumaat, 12 Mac 2010 - Khidmat Bantu ini dijalankan di SJKC Wee Sin, Muar. Pegawai yang terlibat ialah Tuan Haji Khalid bin Mohd Salleh, Tuan Haji Sha'piee bin Ali dan Encik Mohd Azlan bin Kamarulakhir (JTK PKG Parit Setongkat).

Capaian internet TIDAK memuaskan. Laporan penuh telah dihantar ke BTPN untuk dimajukan ke GITN bagi membuat penyelesaian.

08 Mac 2010

Mesyuarat Pelan Pembangunan Pendidikan ICT Parlimen Pagoh

Mesyuarat di atas diadakan pada hari Isnin, 08 Mac 2010, mulai jam 10.00 pagi di Pusat Kegiatan Guru Lenga, Muar. Jabatan Pelajaran Johor diwakili oleh KS Pengurusan Maklumat (ICT), KU Maklumat, KU ICT dan Pengkomputeran, KPP BTPN Johor, Pegawai Khas ICT PPD Muar-Ledang, Pegawai Maklumat PPD Muar-Ledang, Penyelia ICT PPD Segamat, PTP PKG Lenga, PKG Bukit Gambir, PKG Tangkak, PKG Parit Setongkat, PKG Labis, PKG Segamat Baru dan Wakil Pengurusan PKG Muar-Ledang.

Agenda hari ini ialah pembentang instrumen mengikut agihan yang telah dilakukan dalam mesyuarat pada 23 Februari yang lalu dan pelan tindakan melaksanakan pembangunan ICT.

05 Mac 2010

Ujilari Aplikasi i-NILAM

Parit Jawa, Jumaat, 05 Mac 2010 - Ujilari Aplikasi i-NILAM dijalankan di SJKC Limbong, Parit Jawa, Muar. Tujuan ujilari ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti masalah yang dijangka menyulitkan GPM dan Guru Nilam dalam melaksanakan aplikasi ini. Beberapa teknik dan cara telah dapat dikenalpasti dapat membantu melancarkan penggunaan Aplikasi i-NILAM di sekolah-sekolah ahli PKG. Ujilari seteruskan akan dilaksanakan bagi sekolah ahli PKG Sungai Balang, pada 10 Mac 2010.

04 Mac 2010

Bengkel Khidmat Bantu Infra Peralatan Inisiatif ICT


Parit Setongkat, 04 Mac 2010 - Bengkel ini bertujuan menyediakan item aktiviti khidmat bantu ke sekolah ahli. Antara item aktiviti yang dilaksanakan ialah "Troubleshooting, Penyenggaraan Mudah, Update Anti-Virus, Aplikasi Penggunaan Secara Atas Talian dan Teknologi SchoolNet. Fasilitator ialah Tuan Haji Khalid bin Mohd Salleh dan Tuan Haji Sha'piee bin Ali.