29 Jun 2010

Majlis Anugerah Cemerlang JPN Johor

Selasa, 29 Jun 2010, Kompleks Islam Iskandar Johor - Majlis ....

10 Jun 2010

Mesyuarat Pengurusan dan Kompilasi Dokumen Penyelenggaraan ICT Sekolah Zon 1

Sungai Balang, Muar, Khamis, 10 Jun 2010 - Mesyuarat dijalankan mulai jam 09.00 pagi di PKG Sungai Balang Muar. PTP dan Pembantu Tadbir PKG yang terlibat ialah PKG Bakri, PKG Sungai Balang, PKG Jalan Tunku Bendahara, PKG Parit Setongkat dan PKG Parit Jawa, Muar. Semua dokumen dapat dilengkapkan dan akan diserah ke BTPN pada hari Jumaat, 11 Jun 2010, jam 09 pagi.

06 Jun 2010

Majlis Pelancaran Digital Pagoh-Muar

Pagoh, Muar, 06 Jun 2010 - Pelancaran majlis ini telah dilaksanakan oleh YAB TPM pada jam 10.45 pagi. Hadir sama YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Tuan Haji Sufaat bin Tumin (Pengarah Pelajaran Johor), Tuan Haji Ramli bin Abd Samat (Pegawai Pelajaran Daerah Muar), Encik Safaat Hashim, Encik Zulkarnain bin Sanip, serta Pen. Ketua PKG Lenga, Ketua PKG Parit Jawa dan Ketua PKG Sungai Balang turut hadir bagi mewakili KPM.

05 Jun 2010

Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Dokumen Penyelenggaraan ICT Sekolah

Parit Setongkat, 2 Jun 2010 - Mesyuarat dijalankan mulai jam 02.30 petang. Antara agenda utama yang dibincangkan ialah pengurusan dokumen penyelenggaraan peralatan ICT sekolah harian tahun 2010. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Sha'piee Ali. Semua PTP dan Pembantu Tadbir hadir dalam mesyuarat ini. Dokumen yang dirujuk ialah Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009, Surat Arahan Perbendaharaan bertarikh 01 April 2010 dan Pengurusan Penyediaan dan Kompilasai Dokumen Perkhidmatan Penyelenggaraan ICT Sekolah. Mesyuarat seteruskan akan diadakan pada 10 Jun 2010, jam 09.00 pagi di PKG Sungai Balang dan penghantaran dokumen pada 11 Jun 2010 ke BTPN Johor.