30 Mac 2011

Latihan Kemahiran Penyelenggaraan Pemulihan Peralatan ICT dan OS di SK Tanjong Tohor

Tanjong Tohor, Muar, 30 Mac 2011 - Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah menyahkan habuk pada komponen peralatan ICT, Updated Anti-Virus, Computer Management, Disk Cleanup dan defrag.

29 Mac 2011

Latihan Kemahiran Penyelenggaraan Pemulihan Peralatan ICT dan OS di SMK Seri Menanti

SMK Seri Menanti, Selasa, 29 Mac 2011 - Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah menyahkan habuk pada komponen peralatan ICT, Updated Anti-Virus, Computer Management, Disk Cleanup dan defrag.

28 Mac 2011

Penyelarasan Instrumen Pemantauan/Maklumbalas Media

Sungai Balang, Muar, Isnin, 28 Mac 2011 - Penyelarasan ini dijalankan bagi menentukan item yang perlu bagi mendapatkan Maklumbalas Penggunaan Bahan Digital MBMMBI Tahap 1 bagi semua sekolah rendah di negeri Johor. Promosi EduWebTV juga dibincangkan bagi dua langkah iaitu Tatacara Muat Turun Bahan dan juga Tatacara Pendaftaran dan Penyediaan "Playlist" untuk Penggunaan Bahan. Perbincangan ini antara Ustaz Yusma@Abd. Mubin bin Mohd Yusof (Pen Pengarah BTPN Johor (Ketua Unit PIM) dan En Azhar bin Talib (PTP Unit PIM) dengan En Sha'piee bin Ali (PTP PKG Sungai Balang, Muar).

24 Mac 2011

Mesyuarat J/kuasa Penyelarasan Aktiviti PKG Muar Bil 3 Tahun 2011

Parit Bunga, Ledang, 23 Mac 2011 - Mesyuarat ini telah dijalankan mulai jam 09.00 pagi hingga 01.35 tengahari. Antara agenda yang dibincangkan ialah Program Peningkatan Program Galakan Membaca (NILAM) Sekolah-sekolah Parlimen Pagoh, Program Jejak Maklumat Peringkat Negeri dan Aktiviti yang akan dijalankan bagi bulan April 2011.

02 Mac 2011

Bengkel Khidmat Bantu Infra "LAN"

SK Bandar Maharani, Muar, 02 Mac 2011 - Penyediaan infrastruktur rangkaian setempat daripada Makmal Komputer ke Pejabat Pentadbiran dan Bilik Peperiksaan. Lapan orang peserta terlibat iaitu 2 orang PTP PKG (Parit Jawa dan Sungai Balang) dan 6 orang Juruteknik Komputer Sekolah.