25 Mei 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Aktiviti PKG Daerah Bil. 5 Tahun 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Aktiviti PKG
Daerah Muar dan Ledang, Bil. 5 Tahun 2011.

Taklimat Pelaksanaan
Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Tahun 2011.

23 Mei 2011

Mesyuarat Penyelarasan Penyelenggaraan ICT Sekolah dan Mesyuarat JPKA Bil. 4 Tahun 2011

BTPN Johor, 20 Mei 2011 - Mesyuarat Penyelarasan Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah telah dijalankan mulai jam 09.30 pagi hingga jam 12.15 pagi. Tujuannya untuk membuat penambahbaikan tatacara pengurusan dokumen dan carta alir kerja-kerja penyelenggaraan oleh pihak syarikat terpilih.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun BTPN Johor Bil. 4 Tahun 2011 dijalankan mulai jam 03.00 petang hingga 04.55 petang. Tujuannya untuk menyelaras dan memeriksa tahap pelaksanaan urusan kewangan dari segi urusan perolehan dan perkhidmatan yang telah dan akan dilaksanakan oleh BTPN dan PKG Johor.

18 Mei 2011

Khidmat Bantu LAN SJKC Boon Lim dan SMK Sri Muar

SJKC Boon Lim, Parit Bulat, Muar - Penyediaan LAN di Dewan Sekolah.

SMK Sri Muar, Muar - Talian sangat perlahan, port router No. 4 tidak berfungsi. Dicadangkan pihak sekolah buat aduan ke TM Broadband 1060.

12 Mei 2011

Mesyuarat Pemilihan Sekolah Anugerah PSS 2011 dan Tokoh NILAM 2012

PKG Jalan Tunku Bendahara, Muar, 12 Mei 2011 - Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Sahabudin bin Haji Jazuli, Penolong PDD (Akademik), Pejabat Pelajaran Daerah Muar. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut Pelaporan iQ-PSS dan i-NILAM serta Pembentangan Pelan Strategik Pemilihan Sekolah Anugerah PSS 2011 dan Tokoh NILAM 2012. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.

06 Mei 2011

Penyerahan Dokumen Penyelenggaraan ICT Sekolah Daerah Muar dan Ledang, Johor

Sungai Balang, Muar, 06 Mei 2011 - Penyerahan ini dijalankan mulai jam 08.15 pagi hingga 11.45 pagi. Tatacara penyerahan ialah Semak Lampiran A (Senarai Spesifikasi) dan Borang Status Pelaksanaan Penyelenggaraan , KEW. 312/ KEW. PA-2 dan KEW. PA-9.

Semua dokumen hendaklah disusun mengikut proses kerja yang telah ditetapkan seperti di bawah. Serahkan satu salinan sahaja kepada Penyelaras Zon dan salinan lain hendaklah disimpan oleh PKG masing-masing untuk rujukan. Terima kasih atas kerjasama semua pegawai dan staf PKG daerah Muar dan Ledang, Johor.

Proses Kerja Kompilasi Dokumen Penyelenggaraan ICT Sekolah Tahun 2011





05 Mei 2011

Bengkel Pengurusan Data Program Galakan Membaca - Aplikasi i-NILAM

Sungai Balang, Muar, 05 Mei 2011 - Pengumpulan data NILAM bagi SK Parit No. 5, SK Sungai Balang Darat, SJKC Boon Lim Parit Bulat dan SMK Seri Menanti. Data bacaan murid yang perlu dikemaskini mulai Januari hingga April 2011.

Terima kasih kepada yang terlibat.

04 Mei 2011

Bengkel Pengurusan Data Program Galakan Membaca - Aplikasi i-NILAM

Sungai Balang, Muar, 04 Mei 2011 - Bengkel ini dilaksanakan mulai jam 02.00 hingga 05.00 petang di Bilik Mesyuarat, PKG Sungai Balang, Muar. Dijalankan secara kumpulan bagi memantapkan proses kemaskini data pelaksanaan Program Galakan Membaca tahun ini. Sekolah yang terlibat ialah SK Jalan Yusof, SK Parit Nawi, SK Pekan Baharu dan SK Parit Bulat.

Pengumpulan Dokumen Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah KPM 2011

Sungai Balang, Muar, 04 Mei 2010 - 11 buah sekolah ahli PKG Sungai Balang menghantar dokumen penyenggaraan peralatan ICT sekolah masing-masing. Dokumen yang dikumpulkan ialah Surat Permohonan Penyenggarangaan, Laporan Status Pelaksanaan Penyenggaraan, KEW. 312 atau KEW. PA-2 dan KEW. PA-9.