29 Julai 2011

Bengkel Pra Pelaporan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori BTPN dan PKG Johor

Bengkel hari ini dimulakan dengan Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Tazkirah Ramadhan. Semua peserta bengkel bersama-sama dalam majlis pagi ini.

Beberapa pindaan dalam DBAset&stor yang telah dipinda dan akan diedarkan kepada PKG yang terlibat. Satu bengkel/mesyuarat akan diadakan dalam tempoh terdekat dan akan dihadiri oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG (Bakal Pegawai Aset) dan Pembantu Tadbir. Sila ambil perhatian kepada PKG Lenga, Parit Setongkat, Bakri dan Parit Jawa.

Proses Kerja Pemeriksaan Aset Alik Kerajaan di PKG dan Kemaskini Sistem DBAset - Versi sebelum 29 Julai 2011, akan diemailkan bersama surat panggilan mesyuarat.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

28 Julai 2011

Bengkel Pra Pelaporan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori BTPN dan PKG Johor

BTPN Johor, 28 Julai 2011 - Penyelarasan diketuai oleh Encik Asha'ari bin Omar, PP Unit HEPKG. Beberapa perkara perlu diambil tindakan oleh PKG Lenga, Parit Setongkat, Bakri dan Parit Jawa. Bahan rujukan akan diemailkan.

27 Julai 2011

Cabutan PP Bil. 5 Tahun 2007 - Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan

Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan di PKG Parit Setongkat

Parit Beting, Muar, 27 Julai 2011 - Pemeriksaan dilaksanakan mulai jam 08.30 pagi hingga 12.40 tengahari. Pemeriksaan dibantu oleh Puan Anita bte Aim@Ibrahim (PTP PKG), Puan Suhana (PT PKG) dan Encik Azlan JTK PKG). Tahniah kerana menyediakan dokumen dengan lengkap.

26 Julai 2011

Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan di PKG Parit Jawa

Parit Jawa, 26 Julai 2011 - Pemeriksaan dilaksanakan mulai jam 12.30 tengahari hingga jam 03.30 petang. Tahniah atas komitmen Pegawai dan Staf PKG Parit Jawa. Terima kasih atas kerjasama anda.

Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan di PKG Tangkak

Ledang, Johor, 26 Julai 2011 - Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan dilaksanakan di PKG Tangkak, Ledang, Johor. Pemeriksaan dijalankan mulai jam 08.10 pagi hingga 11.20 pagi, dengan bantuan Cik Nor Shafika bte Norazman, JTK PKG Tangkak. Pemeriksaan susulan perlu dijalankan sementara menunggu penambahbaikan dilaksanakan oleh pihak PKG.

25 Julai 2011

Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan di PKG Bakri

PKG Bakri, 25 Julai 2011 - Pemeriksaan dilaksanakan mulai jam 02.30 petang hingga jam 05.00 petang. Semua dokumen dan aset telah diperiksa. Terima kasih atas kerjasama dan komitmen Pegawai dan Staf PKG Bakri.

Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan di PKG Lenga

Lenga, Muar, 25 Julai 2011 - Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan di PKG Lenga, bermula pada jam 09.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Tahniah kepada Pegawai dan Staf PKG Lenga atas kerjasama dan komitmen tuan/puan.

Penarafan SSQS 2011



21 Julai 2011

Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan

Sungai Balang, Muar, 21 Julai 2011 - Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan di PKG Sungai Balang, Muar, telah dilaksanakan oleh Encik Mohd Nor Hafiz bin Zakaria (PTP PKG Penggaram, Batu Pahat) bersama Puan Nor Aziah bte Patni (PT PKG Tongkang Pechah, Batu Pahat). Pemeriksaan dijalankan mulai jam 09.00 pagi hingga jam 11.00 pagi.

20 Julai 2011

Bengkel Penyelarasan Dokumen Bagi Pelaksanaan Aktiviti PKG

Parit Jawa, Muar, 20 Julai 2011 - Bengkel ini bertujuan untuk menyelaraskan dokumen pelaksanaan aktiviti PKG. Jadual bengkel ialah Amalan Bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan, Format Pelaporan PKG Daerah, Dokumen Pelaksanaan Bengkel/Latihan di PKG dan Kajian Keperluan Latihan Bagi Pembantu Tadbir PKG Daerah Muar dan Ledang. Penceramah terlibat ialah Ustaz Haji Sulaiman bin Sharif (Penceramah Undangan), Encik Sha'piee Ali (PTP PKG Sungai Balang), Puan Sarinah bte Md Tap (Pembantu Tadbir PKG Serom).

Mesyuarat JK Penyelarasan Aktiviti PKG Daerah Bil. 7 Tahun 2011

Parit Jawa, Muar, 20 Julai 2011 - Mesyuarat dimulakan dengan Majlis Tazkirah (09.00 pagi hingga 11.20 pagi), Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Aktiviti PKG Daerah Bil. 7 Tahun 2011 (11.40 pagi hingga 01.57 petang).

19 Julai 2011

Kursus Seni Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Kursus ini dianjurkan oleh IPG Batu Pahat dan PPD Daerah Muar dan Ledang, Johor. Seramai 25 orang guru dan 2 orang pensyarah terlibat dalam program ini mulai 19 hingga 21 Julai 2011.

18 Julai 2011

Pemantauan Pelaksanaan Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah

Sungai Balang, Muar, 18 Julai 2011 - Tugasan ini telah dijalankan oleh Cik Siti Salwa binti Ahmad, JTK PKG, PKG Sungai Balang, Muar.

Perbincangan dengan pekerja syarikat terpilih mengenai tatacara atau prosedur penyediaan dokumen selepas proses penyenggaraan dilaksanakan.

14 Julai 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Anugerah Tokoh NILAM Daerah 2011

PKG Tangkak, Ledang, 14 Julai 2011 - Pelaksanaan Pemilihan Tokoh Nilam 2012, Pelaporan Penilaian PSS Cemerlang Daerah Muar Ledang Tahun 2011 dan Pelaporan "Postmortem" Pemilihan Tokoh NILAM 2011.

Bengkel Pendedahan & Pembinaan Kit Asas Pengajaran dan Pembelajaran Jawi

Penilaian bahan bengkel dan majlis penutup.

13 Julai 2011

Bengkel Pendedahan & Pembinaan Kit Asas Pengajaran dan Pembelajaran Jawi

Mutiara Motor Resort, Kg Sedili Kechil, Kota Tinggi, 13 Julai 2011 - Bengkel merekabentuk bahan pengajian dan pembelajaran jawi Sekolah Agama Johor.

Jam 12.00 tengahari berlangsung Majlis Ucaputama oleh Ustaz Abdul Jalil bin Khalil, Penolong Pengarah Unit Pengurusan Akademik, Jabatan Agama Johor.

12 Julai 2011

Pemantauan Makmal Bahasa Sekolah Terpilih

Pemantauan dilaksanakan oleh Puan Norazilawati binti Hussin, PTP PKG Sungai Balang, kepada Makmal Komputer, Sekolah Kebangsaan Orangkaya Ali, Muar. Pemantauan ini bagi memberi penerangan kepada pentadbir dan mendapatkan persetujuan program ini. Pada 13 Julai, SMK Pekan Baru, SK Jalan Yusof dan SK Parit Nawi.

Bengkel Pendedahan & Pembinaan Kit Asas Pengajaran dan Pembelajaran Jawi

Bengkel ini akan disertai oleh Tuan Haji Sha'piee bin Ali, PTP PKG Sungai balang, Muar bagi Sekolah Agama Kerajaan Johor yang diadakan mulai 12 hingga 14 Julai 2011, di Mutiara Motors Resort Sdn. Bhd., Kg Sedili Kechil, Kota Tinggi.

Prototaip Kit Jawi Darjah 1 ini disediakan dalam bentuk kad imbasan, gambar, bentuk huruf dan modul interaktif. Bengkel ini anjuran Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor.

Pemantauan Pelaksanaan Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah

Pemantauan ini dilaksanakan oleh Cik Siti salwa binti Ahmad, JTK PKG Sungai Balang, Muar bersama Syarikat yang dialntik. Sekolah yang terlibat ialah SMK Seri Menanti, SJKC Boon Lim Parit Bulat, SK Parit Nawi, SK Tanjong Tohor dan SK Parit No. 5.

Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan di PKG Jalan Tunku Bendahara

Pemeriksaan dilaksanakan oleh Puan Nor Azizah binti Haji Saim.

11 Julai 2011

Mesyuarat Penyelarasan Senarai Semak Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan

Bagan, Batu Pahat, 11 Julai 2011 - Mesyuarat dijalankan untuk menyelaraskan aset sebelum pemeriksaan oleh Kumpulan Pemeriksa yang diketuai oleh En Nor Hafiz Zakaria dan Tuan Haji Sha'piee Ali. Semakan data/maklumat melalui Sistem DBAset, KEW. PA-10 dan KEW. PA-11. Semua aset perlu di"tagging" dengan Nombor Siri Pendaftaran dan Hak Kerajaan Malaysia (HKM). Turut hadir Encik Asha'ari bin Omar, PP BTPN Johor dan Puan Nilam bte Tahir, PT BTPN Johor.

06 Julai 2011

Mesyuarat Penyelarasan Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah Bil. 2-2011

BTPN Johor, 06 Julai 2011 - Mesyuarat bersama syarikat yang telah dilantik. Agenda adalah seperti penyerahan dokumen (SST, Surat Niat dan Surat Tawaran) kepada syarikat, proses kerja penyelenggaraan dan pelaporan (Laporan Status Penyenggaraan). Tarikh jangkaan siap kerja pada 15 Ogos 2011.

05 Julai 2011

Mesyuarat Pengurusan Jawatankuasa Transformasi PKG

PKG Bandar Kluang, 05 Julai 2011 - Mesyuarat berlangsung mulai jam 09.00 pagi hingga 05.00 petang.

01 Julai 2011

Pemantauan Status Makmal Komputer

01 Julai 2011 - SMK Seri Menanti
SK Parit Nawi