29 Februari 2012

1BestariNet - YTL Support

1BestariNet - CPE

CPE bermaksud Customer Premise Equipment. Peralatan ini akan dipasang pada setiap sekolah yang membolehkan capaian ke internet. Dua peralatan di semua sekolah ialah ZOOM dan 4G Dongle. Rujuk image - ZOOM (atas) dan Dongle (bawah).

1BestariNet - 1BRIS

1BRIS bermaksud 1BestariNet Receiver Integrated System. Struktur peralatan ini akan dipasang di lokasi sekolah terpilih sahaja.

28 Februari 2012

Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah 2012 SK Ledang

Pameran Dokumentasi NILAM 2012

PPD Muar, 28 Februari 2012 - Pameran ini diadakan sempena Perhimpunan Pendidikan Daerah Muar. Bahan pameran ini juga akan tambahbaik untuk dibawa ke pameran sempena Hari Guru Peringkat Daerah 2012 pada 24 Mei 2012 di Dewan Jubli Intan, Muar.

Mesyuarat JK Induk Hari Guru Daerah Muar dan Ledang 2012

PPD Muar, 28 Februari 2012 - Mesyuarat ini bertujuan untuk mengesahkan perlantikan Jawatankuasa Induk Sambutan ari Guru Daerah 2012. Tarikh sambutan pada 24 Mei 2012 di Dewan Jubli Intan, Muar. Semua JK diminta menyediakan JK Kerja dan peruntukkan masing-masing.

27 Februari 2012

Le Tour d Langkawi 2012 - Pelumba

Le Tour d Langkawi 2012 - Perarakan Pertama

Bengkel Penyediaan Bahan Pameran Program NILAM

PKG Jalan Tunku Bendahara, Muar, 27 Februari 2012 - Bengkel ini bertujuan untuk mengumpul dokumen yang berkaitan pelaksanaan Program NILAM. Mengumpul bahan, memilih bahan, penambahbaikan bahan, teknik mempamer dan tugasan pegawai dan pembanu operasi.

24 Februari 2012

Mesyuarat Jumaat Bersama PPD Muar dan Ledang

PPD Muar, 24 Februari 2012 - Antara perkara untuk tindakan PKG Muar dan Ledang ialah 24 dan 27 Februari mengumpulkan dokumen dan bahan untuk pameran sempena perhimpunan bulanan PPD pada 28 Februari 2012. Pada 27 Februari ada 2 aktiviti iaitu Pemantauan Bersama PPD di SMK Sri Muar, bermula jam 7.20 pagi dan semua PTP serta dua orang JTK berkumpul di PKG Jalan Tunku Bendahara untuk persiapan pameran. Penyediaan bahan taklimat PPD dalam perhimpunan bulanan dalam bentuk aplikasi MS PowerPoint bagi NILAM dan PSS. Pada 2 Mac semua wakil PKG (10 orang) dijemput ke Majlis Sambutan Maulid di PPD Muar.

Tahniah !!! Nurul Hana Nadirah bt Baharuddin

JPN Johor, 23 Februari 2012 - Adik Nurul Hana Nadirah binti Baharuddin, SK Bakri Batu 2, Muar, telah dinobatkan sebagai Tokoh NILAM Negeri Johor Kategori Sekolah Rendah Tahun 2011. Tahniah juga kepada Warga Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 2, Muar.
Tuan Haji Ahmad bin Othman, Pegawai Pelajaran Daerah Muar, hadir sama dalam majlis penganugerahan ini.

22 Februari 2012

Mesyuarat JK Penyelarasan Aktiviti PKG Daerah Bil. 2 Tahun 2012

PKG Tangkak, Ledang, 22 Februari 2012 - Antara perkara penting yang dibincangkan ialah Pemantauan pemasangan peralatan projek 1BestariNet, Pemantauan P&P Makmal Bahasa, Pemantauan Projek Perolehan Baru & Penggantian Makmal Komputer, Kajian Penggunaan Bahan Digital Menengah Rendah MBMMBI, Kajian Penggunaan Bahan Digital Pendidikan Khas Integrasi MBMMBI dan Pengesanan Bahan Digital MBMMBI Tahun 1 (Agihan 2010).

16 Februari 2012

Bengkel Pengujian dan Penggunaan Bahan Digital Pendidikan Khas Integrasi

PKG Sungai Balang, Muar, 16 Februari 2012 - Bengkel ini dijalankan bagi tujuan pengujian teknikal bahan digital Pendidikan Khas Integrasi dasar MBMMBI. Dua orang guru dijemput hadir dari empat buah sekolah, iaitu SK Orangkaya Ali, SK Parit Pechah, SK Parit No. 5 dan SK Pekan Baharu. Satu format laporan akan diedarkan untuk dilengkapkan oleh pihak sekolah terlibat.

Taklimat Pelaksanaan Perkhidmatan 1BestariNet

JPN Johor, 16 Februari 2012 - Taklimat ini diwakili oleh Puan Norazilawati binti Husin, PTP PKG Sungai Balang, Muar.

15 Februari 2012

Pemilihan Tokoh NILAM 2012 - SR & SM Bandar dan SM LB

PKG Parit Bunga, Ledang, 15 Februari 2012 - Tiga kategori dilaksanakan iaitu SR Bandar (6 orang peserta), SM Bandar (4 orang peserta) dan SM Luar Bandar (4 orang peserta). Tahniah atas kerjasama PPD Muar dan semua PTP dan Staf PKG Muar dan Ledang.

14 Februari 2012

Pemilihan Tokoh NILAM 2012 - SR Luar Bandar

PKG Parit Bunga, Ledang, 14 Februari 2012 - Seramai 20 orang peserta mengambil bahagian. Tiga peserta terbaik layak masuk untuk penilaian forum yang akan dijalankan pada 15 Februari 2012. Peserta yang layak itu dari SK Bakri Batu 2, SK Parit Bunga dan SK Parit Latif.

13 Februari 2012

Bengkel Penilaian Dokumentasi Tokoh NILAM 2012

Tugasan penilai adalah penyemakan Buku Rekod Bacaan, penyemakan Keputusan Akademik, Ko-Akademik, Ko-Kurikulum, Sumbangan dan Folio.
Beberapa item dalam instrumen penilaian dokumen telah ditambahbaik. TAHNIAH kepada SEMUA PTP 2 PKG daerah Muar dan Ledang.

Dokumentasi Tokoh NILAM 2012

PKG Parit Bunga, Ledang, 13 Februari 2012 - Penilaian Dokomentasi Tokoh NILAM Tahun 2012 peringkat daerah Muar dan Ledang, dijalankan mulai jam 08.30 pagi. Seramai 34 orang peserta telah menyertai Pemilihan Tokoh NILAM Tahun 2012. Jumlah peserta mengikut kategori: SM Bandar - 4 orang, SM Luar Bandar - 4 orang, SR Bandar - 6 orang dan SR Luar Bandar - 20 orang.

08 Februari 2012

Pemantauan PSSC SM Bandar - Sekolah Tinggi Muar

Muar Bandar Di Raja, 08 Februari 2012 - Pegawai Pemantau ialah Encik Esa bin Sudar (PTP1 PKG Serom), Encik Abd Rahman bin Md Amin (PTP2 PKG Serom), Encik Sha'piee bin Ali (PTP1 PKG Sungai Balang) dan Puan Norazilawati binti Husin (PTP2 PKG Sungai Balang). Perkhidmatan dijalankan mulai jam 09.00 pagi hingga 12.45 tengah hari.

02 Februari 2012

Mesyuarat JK Kerja Pemilihan Tokoh NILAM 2012

PKG Parit Bunga, Ledang, 02 Februari 2012 - Mesyuarat ini berfokus kepada item-item penting dalam proses pemilihan Tokoh NILAM, penyelarasan pelaksanaan pemilihan dan tugasan urusetia bagi pelaksanaan pemilihan. Taklimat penghakiman telah disampaikan oleh Encik Azman bin Maasom (PTP PKG Tangkak) dan Encik Abd Rahman bin Md Amin (PTP PKG Serom).