30 Mac 2012

Mesyuarat Penyediaan Modul Pembudayaan ICT

PKG Parit Bunga, Ledang, 30 Mac 2012 - Mesyuarat dijalankan mulai jam 03.00 petang. Penyediaan modul diketuai oleh Encik Mohas Arsahd bin Haron, PTP PKG Parit Bunga, Ledang. Semua PTP PKG terlibat serta beberapa orang Juruteknik Komputer.

29 Mac 2012

11 April 2012 - Hari Kelepasan Am

Sempena Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

27 Mac 2012

Program CyberSAFE In Schools

Jadual Program CyberSAFE In Schools anjuran KPM, Cybersecurity dan DIGI Telecommunications, akan diadalah di SMK(P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, pada 04.04.2012. Antara sekolah yang terlibat ialah SMK Pekan Baru dan SMK Seri Menanti, Muar (2 orang guru dan 8 orang murid setiap sekolah).

26 Mac 2012

Bengkel "Post Mortem" dan Kertas Cadangan Pemilihan Tokoh NILAM 2013

PKG Jalan Tunku Bendahara, Muar, 26 Mac 2012 - Bengkel ini bertujuan untuk membentangkan laporan pelaksanaan pemilihan Tokoh NILAM 2012 dan membentang kertas cadangan bagi proses pemilihan Tokoh NILAM Tahun 2013 bagi daerah Muar dan Ledang. Hadir sama Panel Hakim Tahun 2012.

Mesyuarat Khas Penyelarasan Aktiviti PKG Daerah

PKG Jalan Tunku Bendahara, Muar, 26 Mac 2012 - Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaraskan program PKG Daerah mulai 26 Mac hingga 24 Mei 2012 yang melibatkan aktiviti PKG peringkat daerah dan PKG masing-masing. Kehadiran semua PTP PKG dan JTK PKG. Turut hadir Tuan Haji Mohd Sahabudin bin Haji Jazuli, Penolong PPD Muar dan Encik Mohd Fauzee bin Senin.

23 Mac 2012

Mesyuarat Pagi Bersama PPD Muar

PPD Muar, 23 Mac 2012 - PKG diwakili oalah Encik Sha'piee bin Ali (PTP PKG Sungai Balang) dan Encik Abdul Hadi bin Md Zin (PTP PKG Lenga). 07.45 pagi - Pembudayaan Al-Quran dan Mesyuarat Pagi dipengerusikan oleh Tuan Haji Afandi bin Salleh.

21 Mac 2012

Mesyuarat JK Penyelarasan Aktiviti PKG Daerah Bil. 3 Tahun 2012

PKG Lenga, Muar, 21 Mac 2012 - Antara perkara yang dibincangkan ialah khidmat bantu Anugerah PSS Cemerlang peringkat kebangsaan iaitu SMK Parit Bunga (Kategori SM) dan SK Ledang (Kategori SR), mewakili negeri Johor dan khidmat bantu rakaman dan dokumentasi lawatan TPM ke Parlimen Pagoh di SJKT Ladang Temiang Renchong dan SK Panchor.

20 Mac 2012

Mesyuarat Penyelarasan Data ICT

BTPN Johor, 20 hingga 22 Mac 2012 - Mesyuarat ini dihadiri oleh Cik Siti Salwa binti Ahmad, JTK PKG Sungai Balang. Tujuan mesyuarat ialah menyelaraskan maklumat penyenggaraan peralatan ICT, Penggantian, Perolehan Baru, Makmal Bahasa MBMMBI 2012.

Mesyuarat JK Induk Hari Guru Daerah Muar dan Ledang 2012, Bil. 2

SMK Seri Menanti, Muar, 20 Mac 2012 - Mesyuarat dihadiri oleh Encik Sha'piee bin Ali, PTP PKG Sungai Balang, Muar, merangkap Wakil Pengurusan PKG daerah. Mesyuarat kali ini berfokus kepada pembentangan kertas cadangan Jawatankuasa Kerja Perayaan Hari Guru 2012.

15 Mac 2012

Bengkel Khidmat Bantu ICT SK Parit Kasan

SK Parit Kasan, Ledang, 15 Mac 2012 - Khidmat Bantu Penyenggaraan mudah sistem komputer dan konfigurasi sistem rangkaian.

14 Mac 2012

Bengkel Khidmat Bantu ICT SK Parit Kasan

SK Parit Kasan, Ledang, 14 Mac 2012 - Operasi di Makmal Komputer, Pusat Akses Sekolah, Penyambungan rangkaian (LAN) dan "setting" rangkaian tanpa wayar. Penglibatan PTP PKG dan JTK PKG dan JTK Sekolah Ahli PKG Serom. Aktiviti ini diketuai oleh Encik Esa bin Sudar, PTP PKG Serom, Ledang.

08 Mac 2012

Kajian Penggunaan Makmal Bahasa MBMMBI

SMK Pekan Baru, Muar, 08 Mac 2012 - Kajian ini diketuai oleh Cik Aminoor binti Jaya Waras, Penolong Pengarah Sektor Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

07 Mac 2012

Pemasangan CPE Zoom SK Jalan Yusof

SK Jalan Yusof, Muar, 07 Mac 2012 - Pemasangan CPE Zoom di Maklmal Komputer, Pusat Akses Sekolah dan Pejabat Pentadbiran.

Uji Tanah Pemasangan 1BRIS

Kerja-kerja uji tanah bagi pemasangan 1BRIS (1 BestariNet Receiver Integrated System) di Sekolah Kebangsaan Sungai Balang Darat, Muar. 1BRIS boleh dicapai dalam lingkungan 2Km.

Pemantauan PSS, NILAM dan ICT - SK Sg Balang Darat

SK Sungai Balang, Darat, Muar, 07 Mac 2012 - PSS sedia beroperasi. Carta organisasi dan JK Kerja PSS perlu dikemaskini. Buku rekod penggunaan juga telah disediakan dan perlu disemak dan kemaskini.

Pemantauan PSS, NILAM dan ICT - SMK Pekan Baru

SMK Pekan Baru, Muar, 07 Mac 2012 - Pemantauan Penggunaan Makmal Bahasa MBMMBI dan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah. PSS sekolah ini dicadangkan menyertasi Anugerah PSS Cemerlang Tahun 2013. Penilaian akan dijalankan pada bulan Oktober 2012.

Pegawai dan Pembantu Operasi PKG

Pegawai Teknologi Pendidikan dan Pembantu Operasi PKG Sungai Balang - dari kiri Siti Salwa Ahmad (JTK), Sha'piee Ali (PTP1), Nor Azizah Saim (PTPO) dan Norazilawati Husin (PTP2).

06 Mac 2012

Pemantauan PSS, NILAM dan ICT - SK Jalan Yusof

SK Jalan Yusof, Muar, 06 Mac 2012 - Pengurusan PSS telah meningkat, Program NILAM telah dijalankan sejak minggu pertama persekolahan. Penggunaan Makmal Bahasa Pusat Akses Sekolah telah dijalankan. Perbincangan untuk peningkatan penggunaan PSS dan Makmal Bahasa telah dijalankan bersama Guru Besar, Tuan Haji Khirjuari bin Ikhsan.

Pemantauan PSS, NILAM dan ICT - SK Parit Latif

SK Parit Latif, Muar, 06 Mac 2012 - Penggunaan Makmal Komputer dilaksanakan dengan baik, hanya merekod perlu ditingkatkan. Pelaporan aktiviti PSS perlu dikemaskini dan dicadangkan menyertai Anugerah PSS Cemerlang 2013. Panitia banyak mengadakan aktiviti dan usaha ini sangat digalakkan. Tahniah !!!

05 Mac 2012

Bengkel Kajian Penggunaan Makmal Bahasa MBMMBI

PKG Kluang Timur, 05 Mac 2012 - Bengkel ini dihadiri oleh Encik Sha'piee bin Ali, PTP1 PKG Sungai Balang, Muar. Dilaksanakan mulai 04 hingga 09 Mac 2012 di sekolah yang terlibat. Sekolah yang terlibat ialah SMK Pekan Baru, Muar (Pengetua, Semua Guru BM dan BI Tingkatan 1).

02 Mac 2012

Pemantauan Pemasangan CPE Zoom

SK Orangkaya Ali, Muar, 02 Mac 2012 - CPE Zoom telah dipasang dan diuji. Tiga (3) unit CPE Zoom telah diaktifkan dan satu (1) unit untuk "backup". 4G Dongle belum diterima oleh pihak sekolah.