29 Mei 2012

Bengkel SSQS Gemilang dan VLE Johor 2012

Hotel Puri Melaka, 29 Mei 2012 - Bengkel ini dihadiri oleh Puan Norazilawati binti Husin, PTP PKG Sungai Balang, Muar.  Bengkel ini berlangsung mulai 28 Mei hingga 31 Mei 2012.

25 Mei 2012

Verifikasi Aset Alih PKG

PKG Sungai Balang, Muar, 25 Mei 2012 - Semak data sistem DBAset, masuk data aset yang diterima pada akhir tahun 2011.  Jumlah Harta Modal = 61, Inventori = 218 (Jumlah = 279) bernilai RM 219,884.76 sen.

22 Mei 2012

Mesyuarat JKPA PKG Daerah Bil. 5 Tahun 2012

PKG Parit Jawa, Muar, 22 Mei 2012 - Mesyuarat ini membincangkan program/aktiviti berfokus iaitu Pemantauan dan Pemeriksaan Aset PKG, Program Pembangunan dan Kecemerlangan PSS 2012 dan 2013, Anugerah Tokoh NILAM 2012 dan Kursus Pemantapan & Kemahiran Pengkomputeran JTK Sekolah (Fasa 2).

REJAB - JOM Tingkatkan Usaha

01 Rejab 1433 = 22 Mei 2012, xxx

19 Mei 2012

Khidmat Bantu Kepakaran TeknoPen

Muar Bandar DiRaja, 18 Mei 2012 - Khidmat Bantu Kepakaran Teknologi Pendidikan Program Memartabatkan Profesion Keguruan akan dijalankan pada 9 Mei 2012 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Muar.  Khidmat bantu ini diketuai oleh Encik Mohd Arshad bin Haron, PTP PKG Parit Bunga, Ledang.

18 Mei 2012

Khidmat Bantu Kepakaran Teknopen

Muar Bandar DiRaja, 18 Mei 2012 - Khidmat Bantu Kepakaran Teknologi Pendidikan Program Memartabatkan Profesion Keguruan akan dijalankan selama dua hari iaitu 18 dan 19 Mei 2012 di Pejabat Pelajaran Muar dan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Muar.  Program ini akan dirasmikan oleh YB Dato Razali bin Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.  Encik Mohd Arshad bin Haron, PTP PKG Pt Bunga, Ledang telah dilantik sebagai Ketua Operasi Khdimat Bantu ini.

16 Mei 2012

Sambutan Perayaan Hari Guru SMK Raja Muda

Majlis bermula jam 07.30 pagi dengan perarakan Guru dan Wakil PIBG.  Turut Hadir Tuan Haji Jamian bin Jaafar, Tuan Haji Sha'piee bin Ali dan Encik Shahirie (Pegawai Perhubungan SMK Raja Muda).  "Terima Kasih Cikgu".

Menjunjung Kasih Tuanku


15 Mei 2012

Selamat Hari Guru


Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
 
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Harapan
Lagu : Rosman  bin Adam
Lirik  : Zainal Ariffin bin Yusof




 

10 Mei 2012

Mesyuarat Pengurusan BTPN/PKG Johor Bil. 2 Tahun 2012

PKG Kluang Timur, Kluang, 10 Mei 2012 - Mesyuarat ini dihadiri oleh Puan Norazilawati binti Husin, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Sungai Balang, Muar.  Usul yang akan dibawa ialah mengenai Papan Tanda Bangunan PKG yang telah usang dan kabur.


09 Mei 2012

Bengkel Pemurnian Draf Dokumen Prosedur Kerja PKG

PKG Bukit Gambir, Ledang, 09 Mei 2012 - Pemurnian Draf Fail Meja Pembantu Tabdir dan Juruteknik Komputer PKG.  Fasilitator bengkel ini diketuai oleh Encik Esa bin Sudar (PTP PKG Serom) dan Encik Abu Saifudin bin Haji Abu Hanipah (PTP PKG Tangkak).

08 Mei 2012

Bengkel Pemurnian Draf Dokumen Prosedur Kerja PKG

PKG Bukit Gambir, Ledang, 08 Mei 2012 - Bengkel ini dihadiri oleh Puan Nor Azizah binti Haji Saim (Pembantu Tadbir PKG) dan Cik Siti Salwa binti Ahmad (Juruteknik Komputer PKG).  Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan kefahaman Manual Prosedur Kerja PKG dan memurnikan Fail Meja PT dan JTK PKG.  Fasilitator bengkel ini ialah Encik Esa bin Sudar (PTP PKG Serom) dan Encik Abu Saifuddin bin Haji Abu Hanipah (PTP PKG Tangkak), sementara peserta bengkel ialah semua Pembantu Tadbir dan Juruteknik Komputer PKG Daerah Muar dan Ledang.

04 Mei 2012

Khidmat Bantu Kepakaran Teknopen Program Turun Padang YAB Timbalan Perdana Menteri

PPD Muar, 04 Mei 2012 - Khidmat Bantu ini dijalankan dua lokasi iaitu di SK Semasih dan Pejabat Pelajaran Daerah Muar.  Dua kumpulan petugas perkhidmatan ini telah melaksanakan tugasan bagi membuat liputan rakaman dan pendokumentasian aktiviti yang melibatkan YAB TPM Merangkap Menteri Pelajaran.

Khidmat Bantu Kepakaran Teknopen Program Turun Padang YAB Timbalan Perdana Menteri

SK Semasih, Kampung Semasih, Panchor, Muar, 04 Mei 2012 - Perkhidmatan ini dijalankan dengan kerjasama PKG Daerah Batu Pahat dan PKG Muar.  PKG Daerah Batu Pahat diketuai oleh Encik Mohd. Nor Hafiz bin Zakaria (PTP PKG Penggaram) dibantu tiga orang JTK PKG Daerah Batu Pahat.

03 Mei 2012

Khidmat Bantu Kepakaran Teknopen Program Turun Padang YAB Timbalan Perdana Menteri

SMK Jalan Junid, Muar, 03 Mei 2012 - Perkhidmatan ini dijalankan dengan kerjasama PKG Daerah Batu Pahat dan PKG Muar.  PKG Daerah Batu Pahat diketuai oleh Encik Mohd. Nor Hafiz bin Zakaria (PTP PKG Penggaram) dibantu tiga orang JTK PKG Daerah Batu Pahat.

Khidmat Bantu Kepakaran Teknopen Program Turun Padang YAB Timbalan Perdana Menteri

PPD Muar, 03 Mei 2012 - Khidmat Bantu ini dijalankan dua lokasi iaitu di SMK Jalan Junid dan Pejabat Pelajaran Daerah Muar.  Dua kumpulan petugas perkhidmatan ini telah melaksanakan tugasan bagi membuat liputan rakaman dan pendokumentasian aktiviti yang melibatkan Menteri Pelajaran.

02 Mei 2012

Mesyuarat Penyelarasan Khidmat Bantu

PKG Parit Bunga, Ledang, 02 Mei 2012 - Mesyuarat Penyelarasan Khidmat Bantu Kepakaran Teknologi Pendidikan Program Turun Padang (PTP) Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran.  Majlis ini akan berlangsung mulai hari Khamis, 03 Mei (di SMK Jalan Junid) dan Jumaat, 04 Mei 2012 (di SK Semasih dan Pejabat Pelajaran Daerah Muar).