28 Jun 2012

i-NILAM: Data Bacaan dan Penglibatan Murid


Pemantauan PSS SK Parit No. 5, Muar

SK Parit No. 5, Muar, 28 Jun 2012 - Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor menjalankan pemantauan PSS sekolah ini mulai jam 12.30 pagi hingga jam 02.30 petang.  Pegawai Pemantau ialah Encik Ramli dan Yg Bhg Datin Norain.

Pemantauan PSS SMK Seri Menanti, Muar

SMK Seri Menanti, Muar, 28 Jun 2012 - Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor menjalankan pemantauan PSS sekolah ini mulai jam 10.30 pagi hingga jam 12.00 tengah hari.  Pegawai Pemantau ialah Encik Ramli dan Yg Bhg Datin Norain.

27 Jun 2012

Bengkel Kemas Kini Data dan Dokumen Aset PKG

PKG Sungai Balang, Muar, 27 Jun 2012 - Bengkel ini bertujuan untuk melatih tatacara pemeriksaan aset kerajaan di PKG dengan menyediakan Senarai Semak Pemeriksaan Aset Kerajaan (Lampiran SSPAK).  Lampiran ini digunakan untuk memeriksa aset mengikut bilik atau ruang di PKG.  Untuk menyemak Kad Harta Modal dan Inventori, KEW.PA-4 dan KEW.PA-5 akan digunakan (Susunkan kad KEW.PA-2 dan KEW.PA-3 mengikut turutan dalam KEW.PA-4 dan KEW.PA-5).

26 Jun 2012

Mesyuarat JKPA Daerah Muar Ledang Bil 6-2012

PKG Bukit Gambir, 20 Jun 2012- Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En Mohd Arshad b Haron yang telah membincangkan mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di sepanjang bulan Julai. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah
i)   5 Julai - Bengkel Penyediaan Modul Jejak Maklumat . Sasaran PTP 1 dan 2
ii)  12 dan 13 Julai - Bengkel Pelaksanaan Jejak Maklumat, Sasaran GPM terpilih.

Kursus Jurulatih Aplikasi VLE

Johor Bahru, Johor, 25 Jun 2012 - Kursus ini dihadiri oleh Puan Norazilawati binti Husin, PTP PKG Sungai Balang, Muar, mulai 25 hingga 28 Jun 2012 di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru.

18 Jun 2012

KARNIVAL KO AKADEMIK DAERAH MUAR

SK Parit Nombor 5, 16 Jun- Sekolah ini telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi tuan rumah bagi karnival ini. Sekolah ini telah mempunyai prasarana yang lengkap bagi menganjurkan pertandingan ini. Sekolah-sekolah yang bertanding telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi meraih kejayaan.  PKG Sungai Balang telah merakamkan peristiwa-peristiwa tersebut.

15 Jun 2012

i-NILAM: Laporan Data Bacaan dan Penglibatan Murid


Pemantauan PSS SK Seri Menanti

PSS dan Rangkaian SK Seri Menanti

SK Seri Menanti, Muar, 15 Jun 2012 - Pemantauan dijalankan oleh Puan Norazilawati binti Husin (PTP PKG Sungai Balang, Muar) dan Cik Siti Salwa binti Ahmad (Juruteknik Komputer PKG Sungai Balang, Muar).  Antara lain tujuan pemantauan ini bagi mengesahkan Penarafan iQ-PSS.


14 Jun 2012

Laporan Penggunaan Makmal Bahasa Dasar MBMMBI


Penyenggaraan ICT Sekolah Daerah Muar & Ledang

PKG Daerah Muar dan Ledang, 14 Jun 2012 - Pihak Vendor Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah akan melaksanakan proses penyenggaraan bagi daerah Muar dan Ledang mulai 14 Jun 2012 hingga selesai.  Kepada PTP PKG yang terlibat, sila ambil maklum dan tindakan selanjutnya.  Saya telah dihubungi oleh Encik Helmi, Pengurus Syarikat yang telah dipertanggungjawabkan pada jam 08.24 pagi, 14 Jun 2012.

13 Jun 2012

Program Pembangunan dan Kecemerlangan PSS Sekolah Menengah 2012

PKG Daerah Muar dan Ledang, Johor, 13 Jun 2012 - Program ini dijalankan sebagai langkah pertama bagi menyampaikan tujuan dan pendedahan kepada pembangunan (bagi PSS 1 bintang) dan kecemerlangan (bagi PSS yang akan mewakili daerah dalam Anugerah PSS Cemerlang 2013).  Peserta terdiri daripada Pengetua dan Guru Perpustakaan dan Media mewakili 13 buah sekolah terpilih (3 sekolah untuk pembangunan dan 10 sekolah untuk kecemerlangan).  Fasilitator ialah Encik Mohd Arshad bin Haron, PTP PKG Parit Bunga, Ledang, Pengetua SMK Parit Bunga, GPM SMK Parit Bunga serta PTP PKG Daerah Muar dan Ledang.

12 Jun 2012

i-NILAM: Laporan Pengisian Data dan Penglibatan Murid


Program Pembangunan dan Kecemerlangan PSS Sekolah Rendah 2012

PKG Daerah Muar dan Ledang, Johor, 12 Jun 2012 - Program ini dijalankan sebagai langkah pertama bagi menyampaikan tujuan dan pendedahan kepada pembangunan (bagi PSS 1 bintang) dan kecemerlangan (bagi PSS yang akan mewakili daerah dalam Anugerah PSS Cemerlang 2013).  Peserta terdiri daripada Guru Besar dan Guru Perpustakaan dan Media mewakili 33 buah sekolah terpilih (22 sekolah untuk pembangunan dan 11 sekolah untuk kecemerlangan).  Fasilitator ialah Encik Mohd Arshad bin Haron, PTP PKG Parit Bunga, Ledang, Guru Besar SK Ledang, GPM SK Ledang serta PTP PKG Daerah Muar dan Ledang.


06 Jun 2012

Kemas Kini Data Sistem dan Dokumen Aset di PKG

PKG Sungai Balang, Muar, 06 Jun 2012 - Kemas Kini Data Sistem DBAset&Stor untuk pemeriksaan aset alik kerajaan pada 27 Jun 2012.  Senarai semak disediakan dalam dua kategori, iaitu kategori aset mengikut bilik atau ruang PKG dan kategori aset mengikut susunan Daftar Harta Modal dan Daftar Inventori yang di susun mengikut tahun perolehan.  Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007, Perenggan 18 adalah dipatuhi.

05 Jun 2012

Bengkel Bina Portal PSP BTPN Johor

BTPN Johor, Skudai, 04 Jun 2012 - Bengkel ini dihadiri oleh Puan Norazilawati binti Husin, PTP PKG Sungai Balang, Muar dan Puan Zarifah binti Zakaria, PTP PKG Jalan Tunku Bendahara, Muar.  Bengkel ini berlangsung mulai 04 Jun hingga 07 Jun 2012 di Bilik PSP, BTPN Johor.