23 Februari 2013

MESYUARAT PEMUAFAKATAN DAN PENYELARASAN AKTIVITI PUSAT SUMBER SEKOLAH 2013

Mesyuarat ini diadakan pada 21 FEBRUARI 2013 di bilik mesyuarat PKG Sungai balang yang dihadiri oleh guru pusat sumber sekolah ahli PKG Sungai balang dan di pengerusikan oleh Pn. Norazilawati Binti binti Husin PTP PKG Sungai Balang.

21 Februari 2013

MESYUARAT JKPA PKG DAERAH MUAR/LEDANG BIL 2/2013

Mesyuarat JKPA PKG Daerah Bil.2/2013 diadakan pada 20 FEBRUARI 2013 di PKG Sungai Balang. Mesyuarat bermula jam 08.30 pagi dengam kehadiran semua PTP dan wakil Pembantu Tadbir serta wakil Juruteknik Komputer PKG.                     

20 Februari 2013

BENGKEL PENGURUSAN PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN DAERAH BATU PAHAT

Bengkel ini diadakan pada 19 - 20 Februari di PKG Penggaram. Dihadiri oleh Puan Nor Azizah binti Saim, Pembantu Tadbir PT/PO N17. Bengkel ini bertujuan untuk mengemaskini DBAset bagi Harta Modal dan Inventori bagi proses pelupusan.

18 Februari 2013

BENGKEL LATIHAN PEMBANGUNAN PORTAL PKG BERASASKAN CMS JOOMLA 2.5

Bengkel ini diadakan pada 18 dan 19 FEBRUARI 2013 di PKG Jalan Tunku Bendahara dan dihadiri oleh Cik Siti Salwa Binti Ahmad, Juruteknik Komputer PKG Sungai Balang, dan Juruteknik Komputer PKG Daerah Muar / Ledang serta Pegawai Teknologi Pendidikan Daeah Muar / Ledang. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan portal PKG masing-masing.

14 Februari 2013

Penarafan PSS & Pengurusan Data Program NILAM


Semua Guru Perpustakaan & Media (GPM) diminta melaksanakan dan mengemaskini Penarafan PSS (iQ-PSS) danPengurusan Data Program NILAM (i-NILAM) secara dalam talian melalui url. http://btp.tarantula.my bagi tahun 2013 ini. Pengemaskinian Penarafan PSS (iQ-PSS) perlu diselesaikan sebelum 28 Februari 2013.
Sebarang persoalan dan pertanyaan berhubung dengan perkara di atas, bolehkah diajukan kepada PKG Sungai Balang


13 Februari 2013

BENGKEL LATIHAN PENYEDIAAN BAHAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Bengkel ini diadakanpada 13 dan 14 FEBRUARI 2013 di PKG Bukit Gambir dan dihadiri oleh CikSiti Salwa binti Ahmad, Juruteknik Komputer PKG Sungai Balang, dan Juruteknik Komputer PKG Daerah Muar dan Ledang. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan menghasilkan video korporat PKG masing-masing.

KURSUS PENGURUSAN DAN URUSELIA FAIL (FASA 1)

Kursus Pengurusan Dan Uruselia Fail ini diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor mulai 13, 14 dan 15 FEBRUARI 2013. Bengkel ini dihadiri oleh Puan Nor Azizah binti Saim PTPO PKG Sungai Balang, Muar

08 Februari 2013

Sekolah Ahli Baru PKG Sungai Balang


Pemantauan Penggantian Peralatan ICT Makmal Komputer SK Sungai Balang Darat


Bengkel Khidmat Kepakaran ICT SK Parit Zin, Muar

Bengkel ini diadakan pada 6 dan 7 FEBRUARI 2013 dan dianjurkan oleh PKG Bakri bagi membantu ICT sekolah ini berfungsi dengan lebih baik. Bengkel ini melibatkan JTK sekolah kelompok PKG Bakri dan JTK PKG Muar dan Ledang. Cik Siti Salwa binti Ahmad telah bekerjesama dalam menjayakan Khidmat Bantu ini. Semoga dengan adanya khidmat bantu sebegini akan membolehkan murid dan guru sekolah tersebut menggunakan peralatan ICT yang sedia ada. Ini dapat menyumbang dalam merealisasikan pembestarian sekolah.


04 Februari 2013

Bengkel Penyediaan Calon Anugerah Tokoh NILAM Daerah Muar Ke Peringkat Negeri Johor Tahun 2013


Bengkel Penyediaan Calon Anugerah Tokoh NILAM Daerah Muar
Ke Peringkat Negeri Johor Tahun 2013 diadakan di PKG Jalan Tunku Bendahara mulai 4 dan 5 FEBRUARI 2013, dan dihadiri oleh Pn. Norazilawati Binti binti Husin PTP PKG Sungai Balang.