04 April 2016

PELAKSANAAN PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2016 (KM1M 2016)

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca.
Program KM1M 2016 akan diadakan selama 3 hari iaitu 4 hingga 6 April 2016 dengan Tema “Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia“. Majlis pelancaran KM1M Peringkat Kebangsaan  akan diadakan pada 4 April 2016 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru, Johor.
Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid, menggerakkan program / aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan serta memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.
Aktiviti membaca buku dijalankan selama 33 minit dan 36 saat bermula jam 9.30 pagi secara serentak di semua sekolah di seluruh Malaysia. 

Tiada ulasan: